Sunday, 20 May 2012



UNTUK RUJUKAN KAWAN-KAWAN

Gunakan panduan berikut untuk membantu anda dalam melaksanakan tugasan Kritik Artikel Jurnal tersebut:

1.  Persediaan untuk kritik
-  baca (skim) keseluruhan artikel untuk mendapatkan maksud keseluruhan (overall view) ~ baca sepintas lalu
-  Lihat tajuk dan ingat untuk mencari maklumat2 yang diperlukan
-  Baca dengan teliti artikel, cari isi-isi penting

2.  Menulis Kritik
A.  Pengenalan : secara ringkas, laporkan sinopsis artikel

B.  Body (badan kritik)

1.  Penyataan Masalah (2-4 perenggan)
     a.  Tentang apa? Adakah signifikan/berkaitan? Adakah ia dinyatakan dgn jelas atau diserahkan kpd pembaca untuk menanggap?
     b.  Adakah penyataan yg jelas tentang : tujuan/objektif kajian, hipotesis/teori yg digunakan dlm kajian dan definisi / terma khusus yang digunakan dalam kajian.

2.  Sorotan Kajian ( 2-3 perenggan)
     a.  Bagaimanakah sumber yang dinyatakan/dipetik sesuai dengan tajuk kajian
     b.  Adakah sorotan terlalu luas / terlalu sempit
     c.  Adakah artikel yg disorot yg terbaru / lama. Adakah sorotan tersebut mencukupi?
     d.  Apakah bukti yang ada bias / sepenuhnya ditulis secara objektif

3.  Design (bentuk) dan Prosedur (3-6 perenggan)
NOTA: Inilah jantung kritikan anda!
a.  Apakah jenis metodologi kajian yang digunakan?
b.  Adakah bentuk kajian bentuk replika/ kajian terdahulu / kajian asal (asli)
c.  Apakah alat kajian yang digunakan? Adakah alat kajian tersebut cukup/dapat mengukur sampel kajian?
d.  Adakah prosedur kajian dirancang dgn teliti dan berstruktur?
e.  Adakah alat kajian telah diuji - ujian rintis (pilot test). Apakah impak ujian rintis terhadap implementasi prosedur?
f.  Adakah prosedur jelas sehingga dapat direplikakan?
g.  Apakah wujud pembolehubah (variables) dan bagaimanakah variables tersebut dikekalkan tahapnya?
h.  Adakah pemilihan sampel kajian mencukupi dan sah ?

4.  Analisis Data dan Persembahan (2-4 perenggan)
a.  Bagaimanakah analisis data artikel tersebut?
b.  Apakah jenis data yang dipersembahkan? (qualitatif, quantitatif - rajah, jadual, graf, diagram, pai)
c.  Adakah dapatan kajian menyokong hipotesis awal/tujuan kajian? Adakah dapatan tersebut positif / negatif?
d.  Adakah kelemahan, masalah yang dinyatakan telah dibincangkan secara jujur/telus dan terbuka?

5.  Rumusan dan Implikasi ( 1-2 perenggan)
a.  Adakah data menyokong rumusan yang dibuat
b.  Adakah rumusan berkaitan dengan tujuan asal kajian?
c.  Apakah implikasi kajian dibuat?
d.  Apakah perbezaan audiens pembaca dinyatakan dalam implikasi kajian tersebut
e.  Adakah cadangan kajian selanjutnya dinyatakan dlm kajian tersebut?

C.  Penutup : Apakah penilaian keseluruhan anda terhadap artikel tersebut?


Tuesday, 24 April 2012

Secebis Ingatan...





1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
Buat sahabat2 yang nak share, InsyaAllah.. saya izinkan dan saya halalkan.. semoga bermanfaat.
Mutiara Kata


“Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.”


Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

mutiara kata
Mutiara Kata...

Friday, 20 April 2012


Video :  Kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar
Tema 1 : Tingkatan 1 bab 6
TARIKH : 19 - 22 APRIL 2012
TEMPAT:MRSM BALING, KEDAH
MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG

Seramai 20 orang pelajar MRSM Kubang pasu telah menyertai Kejohanan Taekwondo Se-Malaysia di MRSM Baling. Tahniah di ucapkan kepada mereka yang berjaya.




Wednesday, 11 April 2012

Poster Alam Sekitar


Menjunjung kasih Seri Paduka





 HARI ini, 11 April 2012 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘azam Shah, yang naik takhta menggantikan Tuanku Mizan dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-14. Ini adalah satu-satunya peristiwa kenegaraan tertinggi bagi Malaysia.

         

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,
Daulat Tuanku

Rakyat dan Raja Berpisah Tiada

Gegaran turut dirasai di Hatyai, Pattani



BANGKOK: Selepas mengalami letupan bom di Hatyai sehingga mengorbankan tiga nyawa termasuk dua rakyat Malaysia 11 hari lalu, wilayah Selatan Thailand hari ini dikejutkan dengan gegaran berikutan gempa bumi kuat yang berlaku di Sumatera, Indonesia. 

Songkhla dan Pattani, yang terletak di wilayah Selatan Thailand, turut merasai gegaran seperti yang dialami di enam lagi kawasan iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

http://www.weatherwizkids.com/weather-earthquake.htm

Amaran tsunami ditarik balik sekitar Lautan Hindi

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. 

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.

Tsunami akibat gempa bumi Indonesia tidak besar



SINGAPURA: Tsunami berukuran 17 sentimeter berlaku di Lautan Hindi dan dikatakan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas gempa bumi kuat menggegarkan pulau berkenaan, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. 


Terdahulu, gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegarkan perairan Indonesia dan menyebabkan penduduk cemas dan lari menyelamatkan diri.